Ahad, 30 Disember 2012

SENANG JE NAK CARI YANG HALAL DI CHINA: Kompas Benua MT vol. 10

Salam Suhail.. 
Aku nak ke Guangzhou bulan depan. Apa tip untuk memilih kedai makan ya?”
Minggu lepas, saya dapat sms daripada seorang rakan yang ingin bercuti di Guangzhou. Ini bukan kali pertama saya mendapat sms begini. Dah banyak kali dan saya seronok melayannya.
Bagi memudahkan lebih ramai orang yang nak bercuti ke sana mencari tempat makan, saya nak kongsikan di sini sedikit maklumat. Apa lagi kawan-kawan, simpanlah keratan ini untuk rujukan sebelum pergi bercuti nanti, tau.
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang persoalan yang biasa ditanya apabila bercerita tentang China. Sebagai orang Islam, ramai akan tanya, senang ke nak cari makanan halal?
Jawapannya senang je jika korang tahu caranya. Antara tanda-tanda restoran itu halal atau tidak, sila cari perkataan halal yang ditulis dalam tulisan Arab. Jarang sekali kita jumpa yang menulisnya dalam tulisan rumi ‘HALAL’.
Macam mana kalau mereka menipu? Kalau mereka letakkan tanda halal tapi sebenarnya tidak. Oh, itu tak berlaku sebabnya di papan tanda perniagaan juga ada tulisan bismillah dalam bahasa Arab. Mungkin perkataan Halal tiada tapi tulisan bismillah pasti ada.
Masih tak yakin lagi? Jangan risau, cuba masuk kedainya. Mungkin tulisan bismillah itu ada di dalam premis perniagaannya. Kalau tiada juga, cuba tengok pelayan dan peniaganya. Pada kebiasaan, mereka akan berkopiah dan bertudung.
Mungkin kopiah dan tudung itu dipakai oleh orang bukan Islam. Macam mana ya? Oh, masih tidak yakin rupanya. Tak apa, cuba ucapkan salam kepadanya. Jika dijawab, percayalah mereka ialah orang Islam.
Bagaimana kalau masih tidak yakin? Wah, susahnya nak yakinkan korang ni, kan. Hehehe, Begini, cuba tengok pada ayam atau itik yang digantung. Jika mereka orang Islam, sudah tentu ada tanda sembelihan pada leher ayam dan itik itu. Jika nampak masih sama seperti ayam dan itik itu hidup tanpa bulunya, maka sahlah tidak halal.
Jadi, sekarang korang dah boleh makan. Ambil tempat duduk yang selesa. Seperti biasa, pelayan akan datang membawa menu untuk dibaca dan dipilih. Jangan pelik pula apabila menu itu tetap diberikan kepada kita sebab andaian mereka kita juga boleh membaca tulisan Cina.
Rupa-rupanya kita tak boleh membaca dan bercakap bahasa Cina. Alamak masalah ini. Tak mengapa, jangan risau. Kebanyakan restoran atau warung orang Islam di Guangzhou menyediakan menu bergambar. Jika bukan pada menu di tangan korang tu, pasti ada menu besar yang ditampal di dinding.
Tengok saja gambar mana yang menyelerakan dan tunjukkan pada pelayan. Kemudian tunjuk isyarat jari melambangkan berapa yang diperlukan untuk menu itu. Soal harga pun tiada masalah, sebab di tepi gambar tadi, biasanya tertera harga makanan tersebut.
Jadi, sekarang dah boleh makan. Selepas makan, kebiasaan kita mahu minum air. Berbanding di Malaysia, menu mereka tidak tertulis pun sebarang pilihan air minuman. Hah, apakah mereka tak minum selepas makan? Nak elak diri daripada buncit ke?

Nak tahu lebih lanjut?

Jom dapatkan Majalah Muslim Teens di pasaran sekarang
^_^

Kepada korang yang belum dapatkan majalah Muslim Teens
cepat2 dapatkannya di pasaran segera! 
Sama2 kita mengeratkan lagi ukwah antara kita 
dengan join Geng M.T kat sini. 
Share dan ajak kawan2 yg lain jgk tau. ^_^
Psssttt...
Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 
ataupun tinggalkan pesanan korang di 
private message @Facebook 
kami iaitu 
Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.
  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...
Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.
Salam Inspirasi... Dan
Selamat menelaah.
 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan