Jumaat, 28 Disember 2012

APA AZAM KORANG?


Assalamualaikum WBT…
Alhamdulillah… Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baharu 2013. Kalau bukan kerana kasih sayang-Nya, belum tentu kita boleh bernafas dan hidup sehingga hari ini.

Dah macam trend kan, kalau masuk tahun baharu je, mesti pasang azam yang baharu. Sekurang-kurangnya mesti ada satu. Tak percaya, nanti kita akan lihat kat media-media sosial disebalik ucapan tahun baharu pasti akan terselit azam-masing-masing. Hehehe…

Namun kita perlu beringat bahawa azam perlulah diikuti dengan tekad. Jangan kita jadikannya hanya sekadar ‘mainan mulut’. Jom kita semua bertekad dengan memasang niat sebenar-benarnya untuk mencapai azam tersebut.

Kawan-kawan... Salah ke kita pasang azam? Ada orang kata, kalau setakat pasang azam je yang berjela-jela tapi tak laksanakan tak guna juga… Ya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“… Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal kepada-Nya.”
~Ali Imran: 159~

Maknanya tak salah kalau kita pasang azam baharu, kemudian kita usahakan sedaya upaya untuk mencapainya. Setelah itu kita sama-sama bertawakal dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT disamping memohon doa daripada-Nya. . Ingat lagi tak firman Allah SWT yang bermaksud:

“… Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang akan mengubah nasib mereka…”
~ar-Ra’du: 11~

Ingat tak? Ha... Kalau korang masih ingat, marilah kita sama-sama mengusahakannya. Okey... Sampai sini dulu coretan yang sempat saya kongsikan. Korang pun nampaknya dah tak sabar nak baca majalah Muslim Teens yang dah berwajah baharu ni, kan... ^_^


SELAMAT MEMBACA dan SALAM TAHUN BAHARU!

Salam Inspirasi daripada kami. 


Kepada korang yang belum dapatkan majalah Muslim Teens
cepat2 dapatkannya di pasaran segera! 
Sama2 kita mengeratkan lagi ukwah antara kita 
dengan join Geng M.T kat sini. 
Share dan ajak kawan2 yg lain jgk tau. ^_^
Psssttt...
Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 
ataupun tinggalkan pesanan korang di 
private message @Facebook 
kami iaitu 
Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.
  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...
Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.
Salam Inspirasi... Dan
Selamat menelaah.
 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan