Selasa, 27 November 2012

ANNA AISYA


Assalamualaikum WBT…

Kalau teman-teman pernah baca Majalah Muslim Teens mesti tahu cerita Anna Aisya kan? Di dalam majalah, hanya menceritakan sebahagian sahaja kehidupan Anna Aisya. Jadi, kalau anda semua nak tahu kisah sebenar Anna Aisya, kena bacalah novelnya iaitu Siri Anna Aisya. Sekarang dah nak masuk novel kedua tau…



Akan datang...


Jangan lupa dapatkan...

P/s : Nanti dah baca cer komen kat sini ya... =)

Sabtu, 24 November 2012

Bersama Ustaz Cinta: SUSAHNYA NAK LUPAKAN DIA!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, Muslim Teens sudah masuk 
edisi ke-9 rupanya. 
Cepat betul rasanya masa berlalu. 
Semoga Muslim Teens terus-menerus menjadi 
INSPIRASI
 buat semua, tak kiralah yang belum remaja 
mahupun telah meninggalkan alam remaja.
Huhuhu...

Teman-teman sekalian,
untuk edisi ke-9 ini, 
ada seorang sahabat kita telah bertanya bahawa 
dahulu dia pernah bercinta
Setelah mereka berpisah, timbul perasaan yg tidak senang iaitu sukar pulak nak lupakan bekas teman wanitanya itu. Em... Anda semua yg kat luar sana pun mesti pernah mengalami situasi sedemikan, bukan?

Tak bestnya rasa bila perasaan tu timbul, kan...






 
Jadi, apakah nasihat dan pandangan 
daripada Ustaz Cinta kita ya?

Dapatkan nasihatnya dan pandangan tersebut
 dalam 
Majalah Muslim Teens
 ruangan
 BERSAMA USTAZ CINTA
oleh 
Ustaz A. Ubaidillah Bin Alias.

Psssttt...
Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 
ataupun tinggalkan pesanan korang di 
private message @Facebook 
kami iaitu 

Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.
  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...
Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.




Selasa, 6 November 2012

ALHAMDULILLAH, SAYA MENANG!!! (Kuiz Inspirasi Muslim Teens 07)

Assalamualaikum WBT...
ALFUN MABRUKKK!!!
BERIBU-RIBU TAHNIAH!!!
Kepada para pemenang yang telah menjawab semua solan kuiz dengan tepat.
Semoga kuiz ini memberi banyak manfaat kepada korang...
Yang tak berjaya bukan bermaksud korang salah menjawab atau pun apa...
Semuanya hantar jawapan yang betul
Naik pening kitorang nak pilih siapa yang menjadi pemenangnya...
Jadi, kami terpaksa memilih slogan yang paling superb!
Dan pemenangnya pun kami hanya memilih seramai lima orang jer.
Tak pe... Next isu korang boleh cuba lagi...
Banyak lagi kuiz dan hadiah2 yang menarik nak kami bagi kat korang...
dan yang pastinya...
kalau korang tak dapat hadiah tu pun, korang still dapat hadiah yang istimewa.
Apa dia...???
Korang dapat...
... ILMU YANG BERMANFAAT...
Buat bekalan di dunia dan akhirat.
^_^
KORANG MEMANG 
BEST! BEST! BEST!!!
Jom kita tengok, apakah soalan yang diberi... Susah sangat ke?
Soalan Kuiz vol. 07




Oh... Taklah susah sangat pun...
Orait, kita tengok siapa pula pemenang-pemenangnya...
JOM...
MABRUK!!!
TAHNIAH!!!
CONGRAT!!!
Korang juga boleh tengok keputusan kat dalam majalah MUSLIM TEENS vol. 08
Yang lain mesti tak tahu jawapannya, kan? Tulah... Kenapa korang tak dapatkan Majalah MUSLIM TEENS...

Len kali dapatkan k...
Kalau tak tahu macam mana nak dapat, korang boleh baca kat sini...
Macam mana nak dapatkan MUSLIM TEENS wei? 
Okey... Insya-Allah, next time kitorang akan postkan slogan-slogan kawan-kawan kita yang juga terbaik dan superb! Kita tengok, apa kata mereka pulak... 
Uit...
Untuk Vol. 08 ada 
UNLIMTED SENYUM INSPIRSI
apa benda tu?
Nak join!!!
Nantikan... HUHUHU...
Wassalam...

Khamis, 1 November 2012

EVOLUSI... APA YANG KORANG NAK TAHU???

Assalamualaikum WBT...
Korang tahu tak, ADIDAS dapat nama berdasarkan nama pengasasnya iaitu
ADI DASSLER?

Korang tahu tak, pengasas PUMA ialah adik beradik dengan pengasas ADIDAS?

Okey... 
Ni kitorang nak bagitahu, kat dalam majalah Muslim Teens,  
ada satu ruangan dinamakan ruangan 
EVOLUSI

Dalam tu, kitorang nak kongsikan dengan pembaca semua berkaitan dengan 
apa, siapa, di mana, bagaimana, mengapa dan lain-lain 
lagi berkaitan tercetusnya sesuatu produk yang kita nampak berlakunya satu 
EVOLUSI 
 dalam dunia hari ini.

Antaranya 
evolusi 
FORD

I-Phone/ Telefon

Adidas

Microsoft
dan banyak lagilah kitorang nak kongsikan...

Tujuan kitorang kongsikan ni 
bukan nak membangga-banggakan orang Barat, korang jangan salah faham ea... 
Kitorang nak kita sama-sama kaji dan ambil iktibar serta pengajaran yang boleh kita kutip daripada diorang seperti semangat diorang, pengorbanan, kesungguhan dan lain-lain.

Tak salahkan kita ambil manfaat daripada mereka, kan? 
Ada hikam mengatakan
 'LIHATLAH APA YANG DIPERKATAKAN, BUKAN MELIHAT SIAPA YANG BERKATA.'

Tak lupa juga, kitorang akan kongsikan 
ilmuan-ilmuan dan tokoh-tokoh sarjana Islam 
yang harus kita banggakan seperti 
Ibn Sina, al-Khawarizmi, Ibnu Batutah dan lain-lain.

Ni kat bawah ni ada contoh kalau korang nak tengok...



Muslim Teens Vol. 01



ADIDAS… 
Siapa yang tidak pernah dengar? 
Jenama yang sinonim dengan remaja masa kini. 
Pastinya teman-teman remaja MUSLIM TEENS juga tidak ketinggalan memiliki produk berjenama ini.
 Adidas merupakan jenama yang sentiasa mendapat kedudukan teratas terutama berkaitan dengan aksesori sukan.
 Namun, pernahkah kita mendengar bagaimanakah tercetusnya jenama Adidas ini? 
Apakah sejarah di sebalik kejayaan pemilik jenama ini?

Ha... Kalau korang nak tahu lagi dan lagi...
Dapatkan majalah Muslim Teens di PASARAN sekarang wei...!!!
HUHUHU...

Sekian, wassalam...

by: HILMAN
 
^_^