Selasa, 23 Oktober 2012

Tahniah kepada pemenang KUIZ INSPIRASI 06!!!

Assalamualaikum WBT...

ALFUN MABRUKKK!!!
BERIBU-RIBU TAHNIAH!!!

Kepada para pemenang yang telah menjawab semua solan kuiz dengan tepat.
Semoga kuiz ini memberi banyak manfaat kepada korang...
Yang tak berjaya bukan bermaksud korang salah menjawab atau pun apa...
Semuanya hantar jawapan yang betul
Naik pening kitorang nak pilih siapa yang menjadi pemenangnya...
Jadi, kami terpaksa memilih slogan yang paling superb!
Dan pemenangnya pun kami hanya memilih seramai lapan orang jer.
Tak pe... Next isu korang boleh cuba lagi...
Banyak lagi kuiz dan hadiah2 yang menarik nak kami bagi kat korang...
dan yang pastinya...
kalau korang tak dapat hadiah tu pun, korang still dapat hadiah yang istimewa.
Apa dia...???
Korang dapat...
... ILMU YANG BERMANFAAT...
Buat bekalan di dunia dan akhirat.
^_^

Jom kita tengok, apakah soalan yang diberi... Susah sangat ke?



Oh... Taklah susah sangat pun...

Orait, kita tengok siapa pula pemenang-pemenangnya...

JOM...


MABRUK!!!
TAHNIAH!!!
CONGRAT!!!
Korang juga boleh tengok keputusan kat dalam majalah MUSLIM TEENS vol. 08
Yang lain mesti tak tahu jawapannya, kan? Tulah... Kenapa korang tak dapatkan Majalah MUSLIM TEENS...

Len kali dapatkan k...
Kalau tak tahu macam mana nak dapat, korang boleh baca kat sini...
Macam mana nak dapatkan MUSLIM TEENS wei? 
Okey... Insya-Allah, next time kitorang akan postkan slogan-slogan kawan-kawan kita yang juga terbaik dan superb! Kita tengok, apa kata mereka pulak... 
Nantikan... 
Wassalam...

Khamis, 18 Oktober 2012

PESTA KONVO UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

السلام عليكم
 kawan-kawan semua....

ANA MUSLIM akan berada di 

PESTA KONVO UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) 
pada 
19 hingga 21 Oktober 2012. 
Jam 1 petang - 11.45 malam (19 okt 2012) 
dan 
Jam 8 pagi - 11.45 malam (20-21 okt 2012). 
Bertempat di Tapak Konvo UTP. 

Jom ramai-ramai meraikan pesta ini disamping korang boleh mendapatkan buku-buku dan barang-barang terbaharu dari Ana Muslim. 
Jangan lupa datang wei... (^_^)

Isnin, 15 Oktober 2012

Nak Langgan Muslim Teens macam mana wei?


Assalamualaikum WBT...

Petang-petang makan laksa
Laksa dibeli di kedai Anis
Selalu sangat korang bertanya
Cmne nak melanggan Muslim Teens?

Ha... Meh sini atok ajar korang acane nak langgan Muslim Teens... Itu pun tak tau ka? Huhuhu...

Korang nampak tak trolley kat atas nih? Ha... Atok tahu, korang ni memang kaki shopping. Tak payahlah nak kelentong ngan atok... So, atok nak ajar korang cara bershopping dengan lebih bijak dan jimat (wang, masa & tenaga)
Tak salah kalau korang nak g shopping. Tapi, pastikan korang shopping dengan bijaksana dan bijaksini. Belilah sesuatu yang boleh membawa kemanfaatan dan membawa kepada sesuatu yang berfaedah untuk diri korang... Dan jangan membazir.

Korang tahukan, membazir tu member kpd syaitan dan syaitan itu adalah makhluk yang terkutuk dan kufur? Tak caya. korang boleh selak al-Quran surah al-Isra' ayat 27 muka surat 285. 

Jadi... Berbelanjalah secara bersederhana dan pastikan apa yg korang beli tu boleh mendatangkan kemanfaatan dan tidak lagha (sia-sia).

Hokey... Hokey... Cukuplah tazkirah ringkas untuk ari ni yek. Jom, atok nak tunjukkan korang cara berbelanja dgn cara yang mudah, jimat dan bijaksana hendaknya. Atok nak bagitahu cara-cara untuk korang melanggan majalah Muslim Teens yang bermanfaat lagi berfaedah ni untuk korang. Jom...

Cadangan PERTAMA:
-Beli majalah Muslim Teens, baca keseluruhannya... Dan bukak muka surat 67.
-Nanti korang akan nampak borang macam kat bawah ni...
*Nampak tak? If tak bape nak clear, korang klik kat gambo tu. Tu pun nak diajar ke... Huhuhu.

-Seterusnya, korang isi lah borang tu.
-Dah isi? Selepas dah isi, korang dah boleh pos borang tu. 
-Korang sertakan sekali wang pos/ kiriman wang/ cek berpalang atas nama 
Ana Muslim Sdn Bhd. 
-Macam mana nak dapatkan wang pos tu? Senang jek... Korang dapatkan di pejabat pos yang berhampiran dgn rumah korang lah... 
-Tak pun, korang terus jelah bank in ke akaun Maybank. Ni nombo nye... 512204814784
-Nanti bila dah bank in, korang sertakanlah slip bank tu kat borang.
-Ha... Apa lagi? Pergi la pos. 
Eh, nak pos ke mana? 
Kat Kedai Ana Muslim ler... Tak kan kat rumah atok pulak, kan. Hehehe.. Ni alamatnya. 
Ana Muslim Sdn Bhd,
12, Jalan 3/4C, Desa Melawati,
53100, Kuala Lumpur.
03-41069119.
Nak faks pun boleh... Tak de hal punya. Faks kan ke 0341066119
-Itu saje... Selepas tu, korang hanya perlu tunggu pesanan korang sampai terus ke rumah korang dan sedia untuk dinikmati. Nyum... Nyum... Dah macam order piza pulak. Erk~

Cadangan KEDUA
-Korang boleh melanggan secara online jer. Klik link ini 
-Maka, korang akan nampak page ni akan terpampang kat skrin pc/laptop korang...
-Kat page tu, korang bukan sekadar boleh shopping majalah Muslim Teens je... Macam-macam adaaa!!! Korang selongkarlah sendiri.
-Dah puas memilih apa yang korang nak, korang buatlah pembayaran.
-Make sure korang telah mendaftar masuk terlebih dahulu dan untuk pengetahuan korang, pembelian online ni hanya menerima kad kredit dan manual transfer. Manual transfer ni maksudnya korang bank in ke akaun ni (Maybank... 512204814784), kemudian korang faks@ e-mail kan kepada kami. 
-Insya-Allah, korang akan menerima pesanan korang dalam 2-5 hari bekerja. 
-Tak berapa jelas, korang boleh terus call nombor ni 03-41069119 dan bercakap dengan puan Anida. (9am-5pm/ Isnin-Jumaat)



Cadangan KETIGA
-Korang terus datang ke premis kami yang terletak di:
Ana Muslim Sdn Bhd,
12, Jalan 3/4C, Desa Melawati,
53100, Kuala Lumpur.
03-41069119

-Ataupun korang jumpa atok, di mana-mana pesta buku yang kitorang sertai
-Macam mana nak tahu? Atok akan update lah perkembangan dan pergerakan kitorang nanti. Contohnya, sekarang ni kitorang berada di
 Karnival Explorasi Ilmu Bersama Ana Muslim @ Johor Baharu, AEON bukit Indah. 

 APA KELEBIHAN YANG KORANG DAPAT KALAU KORANG MELANGGAN?
1. Cukup bulan je, majalah Muslim Teens akan terus terhidang di hadapan pintu rumah korang.
2. Pulak tu, korang merupakan orang yang terawal membacanya. Kawan-kawan korang yang tak melanggan biasanya akan dapat baca lambat sikit, sebab itulah kelebihan yang kami tawarkan kepada mereka yang melanggan. Wah, dah macam VIP gitu!
3. Nak, best lagi? Nah, atok bagi baju Eksklusif MUSLIM TEENS secara PERCUMA!!! Tak jumpa kat tempat lain beb.

So... Berapa HARGANYA?
Wah... Murah sangat kalau setahun cuma RM72!  Dahlah bermanfaat, murah pulak tu. Tak rugi rasanya. Adik boleh baca, Umi (Mak) dan Abi (Ayah) pun boleh baca sama... Huhuhu

Okeylah... Selamat bershooping lah. Dan korang jangan lupa share/ bagitahu kat kawan korang yang lain perkara ni. 
Atok tutup MUSLIM TEENS DAILY untuk hari ni dengan sepotong ayat al-Quran untuk kita renungkan bersama...
Yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
~al-Maidah: ayat 2 m/s 107~
^-^
Adeh... Adeh... Penatnya menunggang kuda ni.
Psstt... Ruangan kali ni, atok nak cerita pasal kuda pulak ke? Ha... Nak taw, apa lagi! Dapatkan Muslim Teens Vol. 08 di pasaran NOW!!!
Salam sayang daripada 
ATOK SEMPOI!!!

 Assalamualaikum!!!

Salam Inspirasi... Dan
Selamat menelaah.
 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.