Novel & Buku

NOVEL REMAJA ANA MUSLIM


TAJUK : DIARI CINTA AMALIA
HARGA : RM 12.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 13.90 ( Sabah & Sarawak)
ISBN : 978-967-403-139-8


SINOPSIS :

Siapa kata persahabatan itu tidak kompleks. Suka, duka, sedih, gembira, cemburu dan bersatu, semuanya ada. Mereka dipertemukan kerana saling memerlukan walaupun berasal dari latar belakang dan juga karakter yang berbeza.
Bagi Zaira...‘Kalau hendakkan hasil, kena berusaha sendiri. Kalau buat salah, harus ditanggung sendiri dan jangan sesekali melibatkan orang lain.’
Bagi Awin pula kepentingan diri kadangkala perlu ditolak ke tepi “Apa sahaja untuk kau, Amalia...”
Dan Amalia punya dunia yang lain selain mereka “Aku mana ada cita-cita besar macam kalian. Aku sentiasa nak dekat dengan diari merah aku itu sahaja.”
Dalam dunia mereka rupanya ada kumbang yang terbang, tersesat dan tidak mampu mencari jalan keluar...
“Apa engkau tak pernah belajar ke yang minum sambil berjalan tu adalah perbuatan yang tidak baik kerana...” Adib menyindirnya. “ ...Kerana inilah akibatnya...”
Siapa tahu, hubungan yang terikat kukuh itu boleh terputus dan hubungan atas dasar saling membenci itu ada juga baiknya. Sudah namanya asam garam dunia remaja... Namun, semua yang berlaku itu untuk kita belajar sebenarnya....



TAJUK : TEMAN SELAMANYA
HARGA : RM 12.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 13.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN : 978-967-403-173-2

SINOPSIS : 


“Ermm.... Nampaknya Abu Hurairah bukannya peduli sangat kalau awak tinggalkan sekolah ini. Awak pun tahu kan, yang Abu Hurairah itu ramai peminat di sekolah ini. Kalau setakat awak seorang yang pergi, langsung tidak meninggalkan kudis pada dirinya,” kata Siti Amirah dengan riak wajah selamba bagaikan ayat yang diucapnya itu tidak meninggalkan sebarang bekas di hati Aireen Nasuha.
“Tetapi, tidakkah dia ingat tentang apa yang telah kami alami bersama- sama? Kenapa cepat benar dia berubah ataupun ada sebab lain yang...” suara Aireen Nasuha tersekat-sekat lantaran menahan rasa pedih yang menghiris hulu hatinya.
“Tidak ada atau-atau lagi, memang dia begitu. Lebih baik awak lupakan saja dia. Di Australia nanti, lagi ramai kawan yang awak boleh dapat,” kata-kata Siti Amirah membuatkan Aireen Nasuha menutup wajahnya dengan kain tudung lalu menangis teresak-esak.
Jika selama ini persahabatan antara Abu Hurairah dan Aireen Nasuha ibarat isi dan kuku tetapi kini semuanya telah berubah. Adakah akan bertaut kembali hubungan mereka atau bernoktahnya impian mereka untuk menjadi teman selamanya?




TAJUK : AKU MAAFKAN KAMU
HARGA : RM 12.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 13.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN : 978-967-403-195-4

SINOPSIS :

"Doktor telah sahkan yang saya akan lumpuh selama-lamanya," kata-kata Syakir membuatkan Arif tersentak. Wajahnya terus berpaling menghadap Syakir yang sedang mengesat air matanya dengan belakang telapak tangan.

“Kita hendaklah saling memaafi antara satu sama lain kerana Rasulullah SAW juga mengampunkan umatnya. Sedangkan Nabi pun mengampunkan kesalahan umatnya apatah lagi manusia biasa seperti kita.” Arif seorang pelajar hiperaktif yang gemar mengusik, Azfazeera gadis cantik yang berkerusi roda, Asmawi dan Fatimah menghidap down sindrom. Manakala Johan mengalami masalah kecacatan kaki. Begitu juga dengan Luqman. Dura, Khuzairi, Firdaus dan Nasrul pula menghadapi masalah disleksia. Mereka ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas sehingga terjalin sebuah persahabatan dan menggelarkan diri mereka sebagai Geng PK. Dalam masa yang sama, Geng PK selalu dibuli oleh Syakir dan kawan-kawannya. Mengapakah Syakir dan kawan-kawannya sering membuli Geng PK? Bagaimana Luqman yang selama ini hanya perlu dipapah, tiba-tiba mampu berjalan sendiri? Dapatkan jawapannya dalam novel ini.




TAJUK : ANDAI KUTAHU
HARGA : RM 12.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 13.90 (Sabah & Sarawak)
ISBN : 978-967-403-01-2

SINOPSIS :

Mamta, Dania.... Sebenarnya...” nampaknya Lela juga tidak sanggup untuk memberitahu apa yang telah berlaku.
“Sebenarnya, ayah Dania kemalangan,” sambung Encik Ramesh sambil tertunduk memandang lantai.
“Apa, ayah kemalangan?” tanya Dania lalu segera berdiri bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Ya, ayah kamu kemalangan. Uncle yang bawa ibu dan adik-adik kamu ke sini,” kata Encik Ramesh.
“Macam mana... Macam mana ayah boleh kemalangan?” tanya Dania dengan suara bergetar menahan tangis.
“Dania, maafkan uncle. Uncle tidak sengaja...”
“Apa? Uncle yang langgar ayah?” suara Dania berubah keras. Wajah Encik Ramesh ditatapnya tajam.Persahabatan Dania dan Mamta diibaratkan seperti aur dan tebing. Saling membantu dan saling menyayangi. Namun segalanya berubah apabila berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian ayah Dania. Papa Mamta pula dilabel sebagai pembunuh oleh Dania. Pada suatu ketika, Dania dan keluarganya pula terpaksa berpindah meninggalkan Mamta dan teman - teman tanpa sebarang pesan.
Dapatkah Dania memaafkan Mamta? Berakhirkah hubungan persahabatan mereka? Semuanya akan terjawab dalam ‘Andai Kutahu’.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan