Isnin, 14 Januari 2013

Suara Hati Berbicara...

http://www.anamuslimshop.com.my/index.php
Assalamualaikum, geng MT semua...

Ada orang kata, bila kita dah terlilntas nak buat satu kerja yang soleh, maka malaikat dah catat siap-siap pahala kita tu, walaupun belum buat pun lagi atau pun tak jadi nak buat pun.
Tapi kalau, kerja yang salah/ keji, kalau kita dah niat tetapi selagi kita belum buat, maka malaikat tak catat lagi dosa yang kita lakukan...
Pemurahnya Allah, kan... ^_^

Jadi, korang pernah berkata-kata dalam hati tak? Tak pun bercakap secara bersendirian??? Niat???
Senang kata... 
Beranganlah...  
Pernah tak?
Ha... Tengok ni... 
Tahap mana dan jenis apakah suara hati kita berbicara...
 
Lima peringkat suara di dalam hati ialah:
No.
Nama
Huraian
1
‘Hajis’
-       suara yang datang begitu cepat, dalam sekelip mata saja
-       jika ilham kebaikan, maka datangnya daripada malaikat, sebaliknya bisikan kejahatan pula datang daripada syaitan
-       suara hati ini belum lagi dihukum/ dinilai oleh Allah
2
‘Khatir ‘
-       suara dalam hati yang terlintas secara perlahan-lahan (dalam keadaan sedar dan boleh fokus kepada isi hati itu)
-       suara hati ini belum lagi dihukum/ nilai oleh Allah
3
‘Hadidun nafsi’
-       suara hati yang terlintas secara berulang-ulang
-       suara hati ini belum lagi dihukum/ nilai oleh Allah
4
‘Alham’
-       suara hati yang mendorong untuk melakukan sesuatu perkara dan sempat berfikir bagaimana untuk  melakukan perbuatan itu
-       suara hati ini belum lagi dihukum/ nilai oleh Allah
5
Azam
-       kecenderungan yang kuat untuk melakukan sesuatu, yang diyakini benar, dan diikuti langkah melakukannya, tak kira perbuatan yang baik atau yang jahat
-       peringkat suara hati ini akan dihukum/ nilai oleh Allah.

Selasa, 8 Januari 2013

Jom Amalkan Makan Secara Sihat. MT vol: 10

Assalamualaikum...

Saya selalu tertanya-tanya, kenapalah kita perlu makan
Tak boleh ke kita rasa kenyang je sepanjang masa? 
Anda semua pernah terfikir macam tu jugak tak?

Ya, suka atau tidak, kita mesti mengambil makanan
Makanan merupakan keperluan asas untuk hidup. 
Makanan membekalkan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan, pemeliharaan tisu badan dan juga untuk menjauhkan penyakit.
Walau bagaimanapun, kita  
tak boleh makan ikut suka hati kita je
Nanti boleh memudaratkan diri kita. 
Tahukah anda terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. 
Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat adalah seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan juga sesetengah jenis kanser. 
Selain itu, pengambilan makanan yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada berlebihan berat badan dan obesiti. 
Oleh itu, kita perlulah  
mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Apa yang perlu kita amalkan?

*Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.

*Hadkan makanan masin atau bergaram.

*Ambil tiga hidangan sayur dan dua hidangan buah setiap hari.

*Hadkan makanan bergoreng, berlemak dan bersantan.

Dan banyak lagilah perkara yang perlu anda amalkan. Nak tahu lebih lanjut? 

Dapatkan Majalah Muslim Teens vol. 10 di pasaran sekarang...
^_^
 
Selamat Membaca.

“Makan serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
~al-A’raf: 31~

Muslim Teens vol. 10 
Ilus: Abang Zeck
Kepada korang yang belum dapatkan majalah Muslim Teens
cepat2 dapatkannya di pasaran segera! 
Sama2 kita mengeratkan lagi ukwah antara kita 
dengan join Geng M.T kat sini. 
Share dan ajak kawan2 yg lain jgk tau. ^_^
Psssttt...

Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 

ataupun tinggalkan pesanan korang di 

private message @Facebook 

kami iaitu 

Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.

  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...

Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.

Salam Inspirasi... Dan

Selamat menelaah.

 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.

Sabtu, 5 Januari 2013

Atok Beckham!

GOLLL!!!

Assalamualaikum Cucu-cucu atok semua, korang mesti pernah dengar bunyi tu kan. Bila agaknya kita akan dengar sorakan macam tu? Adakah sewaktu menyambut birthday party? Ataupun sewaktu selesai menjawab soalan SPM Matematik Tambahan kertas 1? Hahaha… Semuanya bukan. Pastinya korang akan dengar bunyi keramat itu sewaktu korang menyaksikan perlawanan bola. Tak kiralah bola sepak ke, bola jaring ke, bola baling ke… Em, tetapi ada juga perlawanan bola yang tak perlu untuk kita sorak ‘gol’. Contohnya seperti perlawanan bola tampar, badminton, ping pong dan yang sama waktu dengannya. Kalau korang sorak ‘gol’ juga mungkin korang akan merasa selipar hinggap di tengkuk.

Atok percaya yang korang ni memang minat bola, walaupun ada di antara korang sebenarnya ‘kaki bangku’. Huhuhu… Oleh itu, atok nak kongsikan pengalaman atok sikit dengan korang pasal bola.

Atok rasa tak salah kalau atok nak cerita pasal bola. Sebabnya, sekarang ni permainan bola sudah mula diterima oleh sesiapa sahaja tak kira sama ada dia seorang lelaki ataupun perempuan. Kalau dulu, sebut pasal bola, sememangnya kaum lelaki jelah yang akan mendominasinya. Bagi kaum perempuan pulak, memang diorang tak ambil port langsung. Lebih baik diorang main masak-masak ke, main kahwin-kahwin ke… Lagi best. Bukan atok yang cakap, okey… Nenek kamu yang cakap. Ngeee...

Tapi sekarang dunia dah berubah. Wanita dah boleh main bola manakala yang lelaki pulak duduk kat dapur memasak jadi chef. Tak apalah… Rezeki masing-masing. Tapi atok rasalah… Wanita-wanita yang minat bola ni bukan apa, diorang saja nak ‘usha’ pemain-pemain yang kacak-kacak dan jambu macam atok kot. Hehehe… Saja je kan.

Jadinya kali ni, atok nak cerita serba sedikit sejarah bola sepak, perkembangan bola sepak, taktik permainan, posisi pemain bola sepak, dan cara permainan bola sepak. Kemudian, atok nak kaitkan sikit apa pandangan Islam tentang sukan bola sepak ni. Dan kalau boleh atok nak fokus pada bola sepak je dulu. Nanti kalau nak cerita pasal permainan yang berkaitan bola yang ada kat atas muka bumi ni, memang tak muatlah satu majalah ni nanti. Hehehe…

Bola sepak… Bola sepak merupakan sukan yang melibatkan pasukan dan merupakan sukan yang paling banyak dimainkan di dunia ini berbanding permainan bola beracun dan bola-bola api. Di situlah timbulnya semangat berpasukan. Kita tak boleh menang kalau main sorang-sorang dan tak ada kesefahaman dalam satu-satu pasukan.

Mereka siap tubuhkan satu badan yang dikenali sebagai FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

Sebenarnya, sejarah bola sepak ni banyak sangat versi. Atok tak pasti mana satu yang tepat. Ada yang mengatakan bahawa sejarah bola sepak bermula sejak dari zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu, ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang. Kemudian, ianya berkembang ke England dan akhirnya permainan tersebut dikomersialkan ke seluruh pelosok dunia.

Jom kita bincangkan pulak, apa pandangan Islam terhadap permainan bola sepak.

Bola sepak merupakan suatu permainan am iaitu “Lahwun”, dalam Bahasa Arab. Penggunaan kata lahwun terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Rasulullah SAW pernah bersabda “Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun” [Hadis riwayat al-Bazzar, at- Thabrani dan Sa’ad]. Lahwun di sini membawa maksud permainan. Sedangkan dalam surah Luqman: 6 juga ada menyatakan, “Dan di antara manusia ada orang-orang yang mempergunakan lahwal Hadis”. Erti lahwun di sini pula adalah senda gurau (dalam konteks orang kafir yang mengolok-olokkan ayat-ayat Allah). Erti yang mencakupi seluruh makna lahwun di dalam al-Quran dan hadis adalah menyibukkan diri dalam mengerjakan sesuatu yang dilarang (haram/makruh) atau melakukan permainan yang boleh mengakibatkan seseorang menjauhkan diri daripada aktiviti melaksanakan perkara yang wajib dan sunah.

Dalam pandangan Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan. Di dalam masalah ini jenis sukan yang diunjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap muslim untuk menjadi seorang mujahid, misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, gusti dan silat. Tentu sahaja semua ini dibolehkan selagi ia tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajiban. Imam As-Syathibi menyatakan: “Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah dan boleh selagi tidak terdapat suatu perkara yang terlarang.” Selanjutnya beliau juga menambahkan: “Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama’. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana dia telah menghabiskan waktunya dengan pelbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.”

Okeylah… Sampai sini dulu yang dapat atok kongsikan. Petang ni ada game, dan atok kena jadi referee. Jumpa lagi. Assalamualaikum…

*kat sini atok post sebahagian jek. Kalau nak cerita penuh korang boleh baca sendiri di dalam majalah MUSLIM TEENS vol. 10, okey.
Cerita: ABANG DZUL Ilus: Abang Zack

Kepada korang yang belum dapatkan majalah Muslim Teens
cepat2 dapatkannya di pasaran segera! 
Sama2 kita mengeratkan lagi ukwah antara kita 
dengan join Geng M.T kat sini. 
Share dan ajak kawan2 yg lain jgk tau. ^_^
Psssttt...

Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 

ataupun tinggalkan pesanan korang di 

private message @Facebook 

kami iaitu 

Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.

  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...

Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.

Salam Inspirasi... Dan

Selamat menelaah.

 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.

Selasa, 1 Januari 2013

MUSLIM TEENS Vol. 10 VERSI MASKULIN

Assalamualaikum WBT
Korang dah dapatkan majalah Muslim Teens yang terbaharu ke belum?
Macam biasa.... 
kitorang ada sediakan cover versi 
MASKULIN 
juga untuk mereka yang bergelar
Muslimin, Abang, Bro, Akhi dan yang sama waktu dengannya...
kepada mereka yang bergelar
Muslimah, Kakak, Sis, Ukhti dan yang sama waktu dengannya...
Korang still boleh manfaatkan back cover ni jugak,kan... ^_^
Okey...
Kali ni kitorang share dengan korang tazkirah berkaitan 

Bagaimana nak MENGUBATI HATI...
sakit kepala makan panadol, sakit mata pakai eyemo...
Sakit hati???

Jom kita renung-renungkan...
Selamat Beramal dan Selamat Menyambut Tahun Baharu Masihi

Semoga kalian 'sembuh' dengan sedikit penawar yang dikongsikan ini ^_^

Ilus by: Abang F@rish