Kenali MT

Assalamualaikum...


Siapa kata majalah@ komik tidak boleh membawa manfaat? 
Majalah ini dipersembahkan dalam bentuk yang cukup santai untuk difahami, menghiburkan dan mendidik jiwa. Setiap cerita membawa mesej yang sangat berguna. Merupakan salah satu medium dakwah zaman kontemporari ini. Semoga dengan kehadiran majalah Muslim Teens ini membawa 1001+ manfaat buat anda semua. 

Terima Kasih teman sekalian yang support usaha murni ini. ;)


Sinopsis: MAJALAH MUSLIM TEENS
Umur: 15 Tahun ke atas
80ms, cetakan warna penuh,
7 x 10 in
ISSN 2232-0881
RM6.00 Sem. Malaysia RM7.00 Sabah & Sarawak

Kesinambungan daripada majalah yang sangat popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia iaitu Sayang Muslim, Adik Muslim dan Ana Muslim. Muslim Teens, sebuah majalah daripada remaja untuk remaja yang membentuk 50% bercirikan majalah dan 50% komik. Setiap helaian mempunyai mesej yang bermanfaat dan sangat berguna. Dipersembahkan dengan bahasa yang cukup santai dan mudah untuk difahami. Padat dengan ilmu. Disampaikan dalam bentuk ilustrasi yang mendidik jiwa. Setiap ruangan dan cerita dipetik dan dioleh berdasarkan penghayatan dan pengajaran daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kupasan dan perbincangan yang sangat menarik daripada beberapa kolumnis yang terpilih bagi memecahkan kekusutan dan kepincangan yang masih menjadi persoalan dalam jiwa dan sanubari buat mereka yang bergelar remaja. Remaja pada hari ini merupakan aset sesebuah negara pada masa hadapan. Maka dengan sebab itulah Muslim Teens menggalas tanggungjawab untuk memberi inspirasi kepada pembentukan peribadi remaja yang mulia daripada segi syahsiah, kepimpinan dan teladan pada masa hadapan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan