Suatu
petang yang damai dan tenang, tatkala ikan-ikan sedang berenang-renang,
berlari-lari, berkejaran di air yang tenang sambil berkicau-kicau mesra
(Oit…Ikan berkicau ke?) Maka duduklah dua orang sahabat (lelaki) di tepi kolam
sambil mata memandang keindahan alam ciptaan Allah SWT.
A : Aku tak fahamlah dengan perempuan sekarang ni. Semuanya
plastik! Plastik! Tahu tak?
B : Kenapa kau emo sangat ni Dil?
A : Yalah, aku jumpa awek yang aku baru couple seminggu kat FB tu. Masya-Allah…
B : Ni mesti cantik kan… Kan… Kan… (mata blink-blink)
A : Cantik apa ke hal nya. Kan aku dah cakap plastik tadi.
B : Yalah… Kalau plastik macam artis korea tu, mestilah
cantik…
A : (Terfikir sekejap. Gambarkan wajah artis-artis korea di
dalam kepala otaknya) Yang tu memang cantik, tapi yang ni cantik lain macam.
B : Lain macam? Macam mana tu? (muka hairan bercampur tak
sabar nak tahu.)
A : Kat FB punyalah cantik bukan main. Tapi nak dijadikan
cerita…. Semalam kebetulan hujan, habis water
colour kat muka dia pun luntur. Dah macam mat lampir aku tengok.
B : (Gelak kucing comel-comel) Kau ni…. Tak baik kutuk
ciptaan Allah…
A : ……. (Isilah dialog seterusnya)
Pap!
(Pukul nyamuk sekejap) Agak-agak koranglah apa aku/saya/ana/hamba (mesti menyampahkan nak baca kata ganti nama
tu. Hahaha) nak cerita. Cer fikir…. (Ish…Lama sangat pulak nak fikir) Ala… Baca
cerita tu pun mesti dah tahu subjek, objek dan predikat cerita tu kan.
Erm…
Sekarang ni ramai orang yang terkejar-kejar nak cantik. Tengok orang cantik,
diri sendiri pun nak cantik. Lebih-lebih lagi tengok artis korea yang cute dan
cun melecun tu. Lagilah…. Kan. So mulalah perancangan hebat untuk meletakkan
gambar korang kat FB, Twitter, Instagram dll dengan pelbagai teknologi editing yang Superb, maveles. Jadilah
korang cantik, tertarik, kau memang da bomb… Bomb…. Bomb…. (hancur!)
Pelikkan…
(Pelik ke?) walaupun kita tahu yang cantik tu tak kekal, tapi kita masih lagi
terlalu bangga dengan kecantikkan.
Kata
Si A : Lihatlah… Aku yang cantik ini… (Riak)
Kata
Si B : Lawakan awek aku… (Riak)
Kata
Si C : Bakal menantu aku ni lagi cantik dari si menantu mak J tu (
Riak)
Memanglah
tak dinafikan semua orang tertarik dengan kecantikan. Tapi kita lupa ke dengan
hadis Rasulullah SAW : "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana kecantikannya,
hartanya, keturunannya, dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama,
nescaya kamu berbahagia." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Ha,
sekarang tengok mamat kat atas tu (nampak ke?) yang telah ditipu daya oleh
kecantikan. Tengok perempuan cantik je terus merenyam. Kalau nak bernikah okey
lagi, tapi ni sekadar nak couple atau
buat spare part je. Katanya nak pilih
mana yang bagus dulu (Dia fikir macam pilih ikan kat pasar ke?) Cara kenal tu dah
tak betul. Memang kenalah kalau jumpa mat lampir sebab dah berdua mesti syaitan
yang ketiga. Siap dalam hujan lagi tu, Fuh! Teringat lagu memori daun pisang.
Betul-betul maksiat. (Geleng kepala.)
Islam
tu dah gariskan panduan yang cukup sempurna dan terbaik untuk kita mengenali
pasangan kita. Kenalah jaga ikhtilat dalam urusan suai kenal. Banyak kaedah
yang kita boleh gunakan mengikut syariat Islam. Kemanisan couple tu bukanlah manis macam madu yang berkhasiat tapi macam
gula. Lebih sikit boleh kencing manis.
Kecantikan
pula adalah sesuatu yang subjektif. Orang boleh nampak yang gemuk tu cantik,
yang kurus tu tak cantik. Yang hitam itu menawan, yang putih itu biasa je kan.
Tapi hakikat kecantikan itu yang sebenar-benarnya dimiliki dari dalaman bukan
luaran.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak
melihat kepada paras rupa, tidak kepada nasab keturunan dan harta kekayaan
kamu, sebaliknya Allah melihat kepada hati kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Kita
ni dah diciptakan oleh Allah SWT dengan sesuatu yang hebat dan terbaik.
Bersyukurlah dengan apa yang dianugerahkan Allah SWT. Tidak perlu kita berusaha
untuk menjadi cantik dengan mencari pelbagai kaedah sementara tapi carilah
sesuatu yang boleh memberi cahaya. Jaga solat, mengaji al-Quran, dan berzikir
sentiasa, pasti kecantikan itu akan terbit dari dalam hingga terpancar keluar
nur ketenangan dan kedamaian.
P/S : Allah SWT berfirman: “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur':26)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan