Mata
sering melihat foto-foto kaku di atas layar. Foto yang meluahkan beribu cerita,
berjuta makna, dan berbilion perasaan.
Namun… Mata ini hanya dapat melihat tetapi tidak dapat merasai
penderitaan, kesakitan dan kehancuran yang mereka alami. Hanya rasa simpati menerjah di hati. Adakah
sekadar itu apa yang termampu kita lakukan? Apakah tanggungjawab kita sebagai
saudara mereka? Haruskah kita biarkan tanah umat Islam itu hancur begitu sahaja?
Tiadakah cara yang membolehkan kita melakukan sesuatu untuk mereka?
Persoalan itu bukan dibiarkan sepi begitu
sahaja… Tetapi persoalan itulah membangkitkan seluruh umat Islam bergerak dalam
satu penyatuan untuk melaung semangat jihad. Demi Palestine, semuanya bermula
di sini… Khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud…
Mereka bersama dalam semangat yang sama. Demi Palestine!
DOA UNTUK GAZA
Punya mimpi yang belum pasti
Punya hasrat yang menggunung tinggi
Seribu kata, sejuta bicara
Setiap hari dan setiap ketika
Kita di haluan yang sama
Tujuan seiring mengharap bantuan-Nya
Walau yang pasti belum menjadi realiti
Namun tekad terus terpahat
Mengharap ada jalannya
Memudah segala niat utama
Persiapkan diri seadanya
Perjuangan akan terus terlaksana
Walau tidak memijak tanahnya tetapi doa tetap berpadu bersama mereka…
PRAY FOR GAZA
P/S : Hulurlah bantuan dengan menderma. Walau sedikit, Insya-Allah pasti akan membantu. Boikotlah barangan Israel. Lumpuhkan ekonomi mereka. PEACE!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan