Ahad, 30 Disember 2012

SENANG JE NAK CARI YANG HALAL DI CHINA: Kompas Benua MT vol. 10

Salam Suhail.. 
Aku nak ke Guangzhou bulan depan. Apa tip untuk memilih kedai makan ya?”
Minggu lepas, saya dapat sms daripada seorang rakan yang ingin bercuti di Guangzhou. Ini bukan kali pertama saya mendapat sms begini. Dah banyak kali dan saya seronok melayannya.
Bagi memudahkan lebih ramai orang yang nak bercuti ke sana mencari tempat makan, saya nak kongsikan di sini sedikit maklumat. Apa lagi kawan-kawan, simpanlah keratan ini untuk rujukan sebelum pergi bercuti nanti, tau.
Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang persoalan yang biasa ditanya apabila bercerita tentang China. Sebagai orang Islam, ramai akan tanya, senang ke nak cari makanan halal?
Jawapannya senang je jika korang tahu caranya. Antara tanda-tanda restoran itu halal atau tidak, sila cari perkataan halal yang ditulis dalam tulisan Arab. Jarang sekali kita jumpa yang menulisnya dalam tulisan rumi ‘HALAL’.
Macam mana kalau mereka menipu? Kalau mereka letakkan tanda halal tapi sebenarnya tidak. Oh, itu tak berlaku sebabnya di papan tanda perniagaan juga ada tulisan bismillah dalam bahasa Arab. Mungkin perkataan Halal tiada tapi tulisan bismillah pasti ada.
Masih tak yakin lagi? Jangan risau, cuba masuk kedainya. Mungkin tulisan bismillah itu ada di dalam premis perniagaannya. Kalau tiada juga, cuba tengok pelayan dan peniaganya. Pada kebiasaan, mereka akan berkopiah dan bertudung.
Mungkin kopiah dan tudung itu dipakai oleh orang bukan Islam. Macam mana ya? Oh, masih tidak yakin rupanya. Tak apa, cuba ucapkan salam kepadanya. Jika dijawab, percayalah mereka ialah orang Islam.
Bagaimana kalau masih tidak yakin? Wah, susahnya nak yakinkan korang ni, kan. Hehehe, Begini, cuba tengok pada ayam atau itik yang digantung. Jika mereka orang Islam, sudah tentu ada tanda sembelihan pada leher ayam dan itik itu. Jika nampak masih sama seperti ayam dan itik itu hidup tanpa bulunya, maka sahlah tidak halal.
Jadi, sekarang korang dah boleh makan. Ambil tempat duduk yang selesa. Seperti biasa, pelayan akan datang membawa menu untuk dibaca dan dipilih. Jangan pelik pula apabila menu itu tetap diberikan kepada kita sebab andaian mereka kita juga boleh membaca tulisan Cina.
Rupa-rupanya kita tak boleh membaca dan bercakap bahasa Cina. Alamak masalah ini. Tak mengapa, jangan risau. Kebanyakan restoran atau warung orang Islam di Guangzhou menyediakan menu bergambar. Jika bukan pada menu di tangan korang tu, pasti ada menu besar yang ditampal di dinding.
Tengok saja gambar mana yang menyelerakan dan tunjukkan pada pelayan. Kemudian tunjuk isyarat jari melambangkan berapa yang diperlukan untuk menu itu. Soal harga pun tiada masalah, sebab di tepi gambar tadi, biasanya tertera harga makanan tersebut.
Jadi, sekarang dah boleh makan. Selepas makan, kebiasaan kita mahu minum air. Berbanding di Malaysia, menu mereka tidak tertulis pun sebarang pilihan air minuman. Hah, apakah mereka tak minum selepas makan? Nak elak diri daripada buncit ke?

Nak tahu lebih lanjut?

Jom dapatkan Majalah Muslim Teens di pasaran sekarang
^_^

Kepada korang yang belum dapatkan majalah Muslim Teens
cepat2 dapatkannya di pasaran segera! 
Sama2 kita mengeratkan lagi ukwah antara kita 
dengan join Geng M.T kat sini. 
Share dan ajak kawan2 yg lain jgk tau. ^_^
Psssttt...
Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 
ataupun tinggalkan pesanan korang di 
private message @Facebook 
kami iaitu 
Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.
  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...
Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.
Salam Inspirasi... Dan
Selamat menelaah.
 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.

Jumaat, 28 Disember 2012

APA AZAM KORANG?

Assalamualaikum WBT…
Alhamdulillah… Pejam celik, pejam celik dah nak masuk tahun baharu 2013. Kalau bukan kerana kasih sayang-Nya, belum tentu kita boleh bernafas dan hidup sehingga hari ini.

Dah macam trend kan, kalau masuk tahun baharu je, mesti pasang azam yang baharu. Sekurang-kurangnya mesti ada satu. Tak percaya, nanti kita akan lihat kat media-media sosial disebalik ucapan tahun baharu pasti akan terselit azam-masing-masing. Hehehe…

Namun kita perlu beringat bahawa azam perlulah diikuti dengan tekad. Jangan kita jadikannya hanya sekadar ‘mainan mulut’. Jom kita semua bertekad dengan memasang niat sebenar-benarnya untuk mencapai azam tersebut.

Kawan-kawan... Salah ke kita pasang azam? Ada orang kata, kalau setakat pasang azam je yang berjela-jela tapi tak laksanakan tak guna juga… Ya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“… Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal kepada-Nya.”
~Ali Imran: 159~

Maknanya tak salah kalau kita pasang azam baharu, kemudian kita usahakan sedaya upaya untuk mencapainya. Setelah itu kita sama-sama bertawakal dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT disamping memohon doa daripada-Nya. . Ingat lagi tak firman Allah SWT yang bermaksud:

“… Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang akan mengubah nasib mereka…”
~ar-Ra’du: 11~

Ingat tak? Ha... Kalau korang masih ingat, marilah kita sama-sama mengusahakannya. Okey... Sampai sini dulu coretan yang sempat saya kongsikan. Korang pun nampaknya dah tak sabar nak baca majalah Muslim Teens yang dah berwajah baharu ni, kan... ^_^

SELAMAT MEMBACA dan SALAM TAHUN BAHARU!

Salam Inspirasi daripada kami. 

Kepada korang yang belum dapatkan majalah Muslim Teens
cepat2 dapatkannya di pasaran segera! 
Sama2 kita mengeratkan lagi ukwah antara kita 
dengan join Geng M.T kat sini. 
Share dan ajak kawan2 yg lain jgk tau. ^_^
Psssttt...
Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 
ataupun tinggalkan pesanan korang di 
private message @Facebook 
kami iaitu 
Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.
  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...
Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.
Salam Inspirasi... Dan
Selamat menelaah.
 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.

DEMI PALESTINE

Assalamualaikum wbt.

Mata sering melihat foto-foto kaku di atas layar. Foto yang meluahkan beribu cerita, berjuta makna, dan berbilion perasaan.  Namun… Mata ini hanya dapat melihat tetapi tidak dapat merasai penderitaan, kesakitan dan kehancuran yang mereka alami.  Hanya rasa simpati menerjah di hati. Adakah sekadar itu apa yang termampu kita lakukan? Apakah tanggungjawab kita sebagai saudara mereka? Haruskah kita biarkan tanah umat Islam itu hancur begitu sahaja? Tiadakah cara yang membolehkan kita melakukan sesuatu untuk mereka?

Persoalan itu bukan dibiarkan sepi begitu sahaja… Tetapi persoalan itulah membangkitkan seluruh umat Islam bergerak dalam satu penyatuan untuk melaung semangat jihad. Demi Palestine, semuanya bermula di sini… Khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud… 

Mereka bersama dalam semangat yang sama. Demi Palestine!

DOA UNTUK GAZA

 Punya mimpi yang belum pasti

Punya hasrat yang menggunung tinggi

Seribu kata, sejuta bicara

Setiap hari dan setiap ketika

Kita di haluan yang sama

Tujuan seiring mengharap bantuan-Nya

Walau yang pasti belum menjadi realiti

Namun tekad terus terpahat

Mengharap ada jalannya

Memudah segala niat utama

Persiapkan diri seadanya

Perjuangan akan terus terlaksana

Walau tidak memijak tanahnya tetapi doa tetap berpadu bersama mereka…

PRAY FOR GAZA

P/S : Hulurlah bantuan dengan menderma. Walau sedikit, Insya-Allah pasti akan membantu. Boikotlah barangan Israel. Lumpuhkan ekonomi mereka. PEACE!

YANG KE-2

Assalamualaikum wbt.

Hai u all’s. Apa khabar? Sihat ke tidak? Harap-harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. I excited u, sebab novel ke-2, pasal I dah keluar tau. Tapi se-excited mana pun perasaan ini. Paling utama sekali kena berterima kasih pada yang mengizinkannya terhasil. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana segala perancangan yang diatur telah diperkenankan oleh-Nya. Harap u all’s pun berkenan juga dengan cerita I ok.  Jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang. Masih panas macam pisang goreng gitu (hehe).

p/s : Setiap sesuatu yang kita harapkan kadangkala terlalu sukar untuk kita perolehi, tetapi jangan mudah kita berputus asa dan merasa kesal dalam hidup ini. Ujian, walau seberat manapun kita terpaksa hadapi. Yakinlah DIA selalu ada untuk kita. Cukuplah Allah sebagai penolongku dan kepada-Nya aku bertawakal.

Sayang u all’s
AA

Selasa, 18 Disember 2012

Dah boleh dapatkan Muslim Teens vol. 10!!!

Assalamualaikum geng...

Alhamdulillah, Muslim Teens vol. 10  
dah keluar!!!
Berwajah baharu...
Dapatkan segera, okey... ^_^

Kepada korang yang belum dapatkan majalah Muslim Teens
cepat2 dapatkannya di pasaran segera! 
Sama2 kita mengeratkan lagi ukwah antara kita 
dengan join Geng M.T kat sini. 
Share dan ajak kawan2 yg lain jgk tau. ^_^
Psssttt...
Kepada kawan-kawan yang rasa susah sangat nak dapatkan majalah Muslim Teens ataupun cepat sangat habis kat tempat korang tu, korang boleh hubungi kami melalui e-mail 
ataupun tinggalkan pesanan korang di 
private message @Facebook 
kami iaitu 
Tak kisahlah sama ada korang nak buat tempahan yang terbaharu atau pun keluaran yang lepas.
  Minimum tempahan sekurang2nya RM10.00. Insya-Allah, kami akan poskannya kepada korang...
Bayaran boleh terus bank-in kepada kami semasa membuat tempahan nanti.
Salam Inspirasi... Dan
Selamat menelaah.
 السلام عليكم

*Pesanan penaja: Hak cipta adalah terpelihara. Dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada kandungan gambar/ teks ini dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada Blue-T Publication dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd.

Kalau korang nak share/ promo, tak pelah jugak. Malah sangat digalakkan... Tetapi, untuk kepentingan sendiri tidak dibenarkan. Nanti korang jawablah sendiri yer... Hukhuk ^_^
HALAL ITU BARAKAH.

Isnin, 3 Disember 2012

Muslim Teens 09 Versi MASKULIN!!!

Assalamualaikum WBT...

Kepada mereka yang bergelar 
abang, brother, akhi, man, boboy
dan sebagainya...
NAHHHHH!!!

Back Cover Muslim Teens 09

Back Cover Muslim Teens 09
 Siap tazkirah lagi...

Proses Ukhwah:

Ta'ruf: Saling Mengenal
Tafahum: Saling Memahami
Ta'awun: Saling Menolong
Takaful: Saling Menanggung
Itsar: Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Ukhwah yang manis tidak akan dapat digapai tanpa usaha
Tak cukuplah ukhwah itu dengan hanya bertegur  
'hi-hi' dan 'bye-bye'.
Tetapi ukhwah yang sebenar adalah 
dengan 
melahirkan kesatuan dan menenagkan hati
Apabila persaudaraan yang dihulur bukan kerana-Nya
percayalah 
kita akan kalah dengan ujian 
dan  
berpecah juga akhirnya.

Ilus by: F@rish